13 warga Myanmar pakai gelang kuarantin dikesan beli barang di kedai runcit

Warga Myanmar yang dikesan memakai gelang kuarantin ketika membeli stok makanan di kedai runcit di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Isnin.
Warga Myanmar yang dikesan memakai gelang kuarantin ketika membeli stok makanan di kedai runcit di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada Isnin.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seramai 13 individu dipercayai warga Myanmar memakai gelang putih dikesan membeli stok makanan ketika dalam tempoh kuarantin di sebuah kedai runcit di Taman Kota Jaya, di sini pada Isnin.

Perbuatan kumpulan berkenaan termasuk empat lelaki berumur lingkungan antara 20 hingga 40 tahun itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat dan memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, rondaan segera dilakukan pasukan pemantauan Task Force Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita menahan mereka di sekitar kawasan rumah kedai di kawasan taman berkenaan. Siasatan mendapati mereka sedang menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selepas selesai menjalani ujian calitan berkaitan Kluster Jalan Lombong.

"Mereka pergi ke kedai runcit untuk membeli persiapan makanan bagi tujuan kuarantin sebelum diarahkan balik ke rumah masing-masing.

"Susulan itu, rondaan diteruskan pasukan pemantauan bagi memastikan kesemua HSO berkaitan Kluster Jalan Lombong itu untuk terus ke alamat kuarantin," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Bagaimanapun, Hussin berkata, tiada kompaun dikeluarkan terhadap semua HSO berkenaan.

Katanya, pihaknya memberi penerangan dan penjelasan kepada semua warga asing tersebut sebelum semuanya diarahkan balik ke lokasi kuarantin.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis mengucapkan terima kasih atas maklumat orang awam tersebut dan sangat menggalakkan penyampaian maklumat sedemikian dalam usaha bersama memastikan komuniti terus berada dalam keadaan yang terbaik," katanya.

Sebarang aduan mengenai ketidakpatuhan SOP PKP boleh disalurkan melalui talian Pusat Kawalan Daerah di nombor 078837222.