UMNO ejen 'semak dan imbang' dalam kerajaan

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju dengan kenyataan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan UMNO khususnya Pemuda UMNO adalah sebagai ejen ‘semak dan imbang’ dalam kerajaan hari ini.

Menurut beliau, apabila Pemuda UMNO bersuara dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, pengangguran dan ekonomi rakyat, semuanya adalah untuk menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

“Kita buat untuk membantu rakyat bagi menyampaikan suara hati rakyat dan penyambung lidah mereka kepada kerajaan.

“Apa yang penting rakyat harus mendapat manfaat daripada setiap usul, cadangan dan isu yang dibangkitkan serta diperjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.

Terdahulu, Mohamed Khaled berkata, isu-isu rakyat seperti berkaitan moratorium, KWSP, Tabung Haji dan banyak lagi isu rakyat menjadi keutamaan UMNO.

Namun katanya, banyak keputusan besar di peringkat nasional tidak boleh diputuskan UMNO mengumandangkan parti tersebut bukan pengemudi kerajaan.

Artikel Berkaitan: