Polis Sabah rampas minuman keras, rokok RM1.89 juta

Jauteh menunjukkan minuman keras pelbagai jenama yang berjaya dirampas di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan, Penampang.
Jauteh menunjukkan minuman keras pelbagai jenama yang berjaya dirampas di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan, Penampang.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis Sabah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok yang dianggarkan bernilai RM1.89 juta di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan, pada 25 Januari lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, polis berjaya menemui minuman keras dan rokok pelbagai jenama yang disimpan di dalam 10 kontena di kawasan terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang itu berjaya menahan empat lelaki berusia 13 hingga 37 tahun.

Jauteh (kiri) menunjukkan rokok yang dirampas polis di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan, Penampang.
Jauteh (kiri) menunjukkan rokok yang dirampas polis di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan, Penampang.

"Bertindak atas maklumat, polis berjaya merampas 2,672 karton minuman keras dan 190 kotak rokok pelbagai jenama.

"Turut ditahan empat lelaki berperanan sebagai pengurus, penjaga, pemandu dan kelindan lori," katanya pada sidang media berkaitan kes jenayah di Stor Barang Kes IPK Sabah pada Selasa.

Mengulas lanjut, Jauteh berkata, kesemua barangan itu dipercayai diseludup masuk ke daerah ini dari Labuan dan dipasarkan sekitar Penampang serta daerah sekitarnya.

"Anggaran keseluruhan rampasan termasuk cukai bernilai RM1,899,653 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 dan tidak lebih 20 kali ganda atau RM500,000.

Artikel Berkaitan:

"Pesalah juga boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan," katanya.