'Saya percaya Mbappe, Neymar akan kekal di PSG'

Mbappe dan Neymar (kanan) dijangka terus kekal di PSG.
Mbappe dan Neymar (kanan) dijangka terus kekal di PSG.
A
A
A

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG) optimis Neymar dan Kylian Mbappe akan terus kekal di kelab tersebut walaupun banyak spekulasi mengenai perpindahan kedua-dua pemain penyerang utamanya itu pada penghujung musim ini.

Menurutnya, kelibat Neymar dan Mbappe masih diperlukan kelab gergasi Perancis itu dengan dia sedang merencana pelan jangka panjang untuk mengangkat PSG kembali digeruni, terutamanya di pentas Eropah.

"Saya percaya Neymar dan Mbappe akan kekal di sini. Saya mempunyai perasaan mereka akan kekal lama di PSG. Saya optimis dan tidak ragu-ragu. Kelab sedang berusaha keras untuk memastikan mereka bedua kekal di sini.

"Neymar dan Mbappe sangat gembira di sini. Siapa yang tidak suka untuk berada di kelab besar seperti PSG ini," katanya.

Sebelum ini, Neymar dilaporkan sedang berunding untuk kembali ke kelab lamanya iaitu Barcelona selain Mbappe sedang diintai oleh kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Neymar turut mengesahkan mengenai masa depannya bersama PSG dengan menegaskan akan kekal di kelab tersebut dalam satu sesi temubual bersama media Perancis baru-baru ini.

"Saya gembira. Banyak perkara sudah berubah. Saya tidak boleh terangkan kenapa tetapi hari ini saya rasa hebat. Saya sudah dapat menyesuaikan diri, tenang dan gembira. Saya mahu kekal di PSG.

"Saya juga mahu Mbappe kekal di sini. Kami mahu PSG menjadi sebuah pasukan hebat. Saya mahu terus bermain bola sepak dan itu adalah perkara paling penting," katanya.

Artikel Berkaitan: