X

Kindly register in order to view this article
!

Penjawat awam dicekup rentas negeri jumpa kekasih

Lelaki terbabit dari Pulau Pinang dikesan ingkar PKP semata-mata mahu bersama kekasihnya di Kulim, Kedah.
A
A

KULIM - Tindakan seorang lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah apabila dicekup melakukan perbuatan terkutuk di rumah sewa kekasihnya, di sini awal pagi Selasa.

Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin berkata, lelaki berusia 36 tahun dari Pulau Pinang itu didapati melanggar arahan PKP atas alasan semata-mata kerana mahu tidur bersama teman wanita yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, ketika diserbu, lelaki yang bekerja sebagai kakitangan pihak berkuasa tempatan itu dikesan bersembunyi di belakang pintu bilik dalam rumah terbabit.

"Kira-kira jam 12.16 tengah malam, saya bersama beberapa penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah sewa berdasarkan aduan awam.

"Sebaik salam diberi, wanita yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang itu membuka pintu, namun pasangannya dilihat cuba bersembunyi di belakang pintu bilik," katanya.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan kekasih terbabit tiada hubungan suami isteri yang sah dan bukan mahram.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dikenakan hukuman dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!