Lelaki dicekup buat 'live' IG tayang dua mayat di apartment

Suspek telah melakukan siaran langsung di media sosial menunjukkan dua wanita terbaring di lantai.
Suspek telah melakukan siaran langsung di media sosial menunjukkan dua wanita terbaring di lantai.
A
A
A

VACAVILLE - Seorang lelaki dicekup polis akibat melakukan siaran langsung (live) di Instagram (IG) sambil menunjukkan dua mayat di apartment miliknya di Vacaville, Utara California.

Jabatan Polis Vacaville menjelaskan, Raymond Michael Weber, 29, telah ditangkap kemudian ditempatkan di Penjara Solano County atas dua tuduhan membunuh, lapor Mirror.co.uk pada Selasa.

Pegawai polis berkata, identiti kedua-dua wanita yang dibunuh itu dirahsiakan namun ahli keluarga mereka telah dimaklumkan.

Berdasarkan laporan, pasukan telah menerima panggilan daripada wanita yang memaklumkan terdapat seorang lelaki bersenjata sekitar jam 12.42 pagi pada 30 Januari lalu.

Raymond Michael Weber diberkas polis. - Foto Mirror.co.uk
Raymond Michael Weber diberkas polis. - Foto Mirror.co.uk

Wanita itu memberitahu, lelaki berkenaan telah melakukan siaran langsung di media sosial menunjukkan dua wanita terbaring di lantai sambil dia mengacu pistol.

Ketika pegawai tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki itu telah mengurung diri di dalam apartmen.

Pasukan SWAT dikerahkan ke lokasi dan terpaksa menggunakan agen kimia dalam mendesak lelaki tersebut menyerah diri.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, lelaki itu mengurung diri dalam apartmen hingga polis terpaksa merempuh masuk yang akhirnya dia diberkas pada jam 8.32 pagi.

Hasil siasatan polis mendapati, lelaki itu memiliki pelbagai rekod jenayah lampau dan dikehendaki pihak berkuasa.

Punca kematian kedua-dua mangsa masih dalam siasatan.