Lelaki dicekup buat 'live' IG tayang dua mayat di apartmen

Raymond Michael Weber diberkas polis selepas membuat siaran langsung (live) di Instagram sambil menunjukkan dua mayat wanita di apartmen miliknya di Vacaville, Utara California. - Foto Mirror.co.uk
Raymond Michael Weber diberkas polis selepas membuat siaran langsung (live) di Instagram sambil menunjukkan dua mayat wanita di apartmen miliknya di Vacaville, Utara California. - Foto Mirror.co.uk
A
A
A

VACAVILLE - Seorang lelaki dicekup polis akibat melakukan siaran langsung (live) di Instagram (IG) sambil menunjukkan dua mayat wanita di apartmen miliknya di Vacaville, Utara California.

Jabatan Polis Vacaville memaklumkan Raymond Michael Weber, 29, telah ditangkap kemudian ditempatkan di Penjara Solano County atas dua tuduhan membunuh, lapor Mirror.co.uk pada Selasa.

Pegawai polis berkata, identiti kedua-dua wanita yang dibunuh itu dirahsiakan namun ahli keluarga mereka telah dimaklumkan.

Berdasarkan laporan, pasukan telah menerima panggilan daripada wanita yang memaklumkan terdapat seorang lelaki bersenjata sekitar jam 12.42 pagi pada 30 Januari lalu.

Wanita itu memberitahu, lelaki berkenaan telah melakukan siaran langsung di media sosial menunjukkan dua wanita terbaring di lantai sambil dia mengacu pistol.

Ketika pegawai tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki itu telah mengurung diri di dalam apartmen.

Pasukan SWAT dikerahkan ke lokasi dan terpaksa menggunakan agen kimia dalam mendesak lelaki tersebut menyerah diri.

Bagaimanapun lelaki itu mengurung diri dalam apartmen hingga polis terpaksa merempuh masuk yang akhirnya dia diberkas pada jam 8.32 pagi.

Artikel Berkaitan:

Hasil siasatan polis mendapati, lelaki itu memiliki pelbagai rekod jenayah lampau dan dikehendaki pihak berkuasa.

Punca kematian kedua-dua mangsa masih dalam siasatan.