Kapten Sir Tom Moore positif Covid-19

Kapten Sir Tom Moore. - Foto BBC
Kapten Sir Tom Moore. - Foto BBC
A
A
A

ENGLAND - Veteran askar British, Kapten Sir Tom Moore telah dimasukkan ke hospital setelah dijangkiti Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh anak perempuannya Hannah Ingram-Moore di Twitter, memaklumkan bapanya yang berusia 100 tahun itu dibawa ke hospital Bedford, England kerana memerlukan bantuan alat pernafasan, lapor BBC.

Sir Moore dianugerahkan pingat kesatria selepas berjaya meraih dana hampir AS$40 juta (RM174 juta) untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Hannah berkata, bapanya dirawat kerana penyakit radang paru-paru dialami sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan seminggu kemudian disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun bapanya tidak ditempatkan dalam rawatan intensif.

Jurucakap keluarga mengatakan bahawa Sir Moore belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menerusi ciapan di Twitternya mendoakan veteran askar itu pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Malah Borris pernah menggelarkan veteran perang itu sebagai 'beacon of light' ketika pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Penganugerahan yang membawa gelaran Sir itu dikeluarkan secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II.

Moore meraih dana itu dengan berjalan 100 pusingan di tamannya sebelum sambutan ulang tahun ke-100, 30 April lalu.

Beliau dilahirkan di Keighley, West Yorkshire dianugerahkan Kolonel Kehormat oleh Batalion Pertama Regimen Yorkshire pada Perang Dunia Kedua.