WHO cabar pengkritik siasatan Covid-19 tampil beri maklumat

Seorang pengawal memakai alat pelindung memeriksa suhu orang ramai di pintu masuk pusat wilayah Hubei untuk kawalan dan pencegahan penyakit ketika pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyiasat asal-usul Covid-19, di Wuhan, China pada Isnin. - Foto AFP
Seorang pengawal memakai alat pelindung memeriksa suhu orang ramai di pintu masuk pusat wilayah Hubei untuk kawalan dan pencegahan penyakit ketika pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyiasat asal-usul Covid-19, di Wuhan, China pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A
GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam pengkritik siasatan terhadap asal usul wabak Covid-19 dan mencabar mereka yang mengaku tahu lebih baik untuk tampil memberi maklumat.

Menurut laporan AFP, pasukan penyiasat WHO kini berada di Wuhan, China, lokasi pertama kes Covid-19 ditemui pada Disember 2019, berusaha mengumpul punca virus itu merebak daripada haiwan ke manusia, seterusnya mengorbankan lebih 2 juta orang.

Pengarah kecemasan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michael Ryan menyelar pengintip misi itu dan menegaskan pihak yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai kaedah penularan wabak itu agar tampil ke hadapan.

Dr Ryan mengatakan terlalu ramai pengkritik menjelaskan 'tidak akan menerima laporan itu ketika diterbitkan' atau ada 'risikan lain tersedia yang mungkin menunjukkan perbezaan bagaimana penemuan virus itu merebak berbeza'.

"Sekiranya anda mempunyai jawapan, sila beritahu kami," kata Dr Ryan pada sidang akhbar ibu pejabat WHO di Geneva.

Beliau turut mempersoalkan dan mengatakan pihak terbabit turut bertanggungjawab apabila 'menjelaskan akan menolak laporan sebelum ia ditulis? dan adakah mempunyai maklumat risikan yang tidak diketengahkan?'.

Sebelum ini, misi WHO dibebani politik China yang pada awalnya menolak akses pasukan itu hingga pertengahan Januari, serta persoalan mengenai apa yang dapat ditemui oleh pakar, setahun kemudian.

Beijing berminat untuk memberi tumpuan kepada pemulihan wabak tersebut. Pasukan itu mengadakan lawatan pameran progpaganda untuk meraikan pemulihan China daripada wabak di Wuhan pada Sabtu lalu.

Dr Ryan membalas persoalan merujuk kepada Menteri Luar Negeri baharu Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dengan mengatakan China tersasar 'daripada landasan'.
Artikel Berkaitan:


Ryan berkata, pasukan di lapangan perlu mendapat sokongan antarabangsa selain 'sudah tiba masa bagi pihak yang mendakwa dan menganggap mereka mempunyai maklumat untuk mula menyalurkannya'.

Beliau turut menyifatkan semua penyelidikan penyakit berjangkit yang menemui maklumat kemudian menimbulkan persoalan lanjut seperti kisah detektif.