Lelaki miliki arak tiada cukai cuba sogok anggota PGA

Seorang lelaki tempatan yang cuba merasuah anggota PGA ditahan dan arak seludup dirampas dalam serbuan di Jalan Mohd Akil, Batu Pahat pada Isnin.
Seorang lelaki tempatan yang cuba merasuah anggota PGA ditahan dan arak seludup dirampas dalam serbuan di Jalan Mohd Akil, Batu Pahat pada Isnin.
A
A
A

BATU PAHAT - Pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menolak wang sogokan RM5,000 semasa melakukan serbuan di Bangunan Seventy Two Food Court, Jalan Mohd Akil, di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, wang sogokan itu cuba diberi seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun pada jam 6 petang supaya tindakan tidak diambil terhadapnya..

"Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut menemui 66 karton arak tiada cukai kastam. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM5,000 sebagai sogokan untuk melepaskan tangkapan.

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM22,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Sejumlah wang sogokan yang cuba diberikan seorang lelaki tempatan kepada anggota PGA supaya tidak menahannya dalam serbuan di Bangunan Seventy Two Food Court, Jalan Mohd Akil, Batu Pahat, pada Isnin.
Sejumlah wang sogokan yang cuba diberikan seorang lelaki tempatan kepada anggota PGA supaya tidak menahannya dalam serbuan di Bangunan Seventy Two Food Court, Jalan Mohd Akil, Batu Pahat, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dimin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Katanya, kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat disalurkan orang awam yang curiga dengan kegiatan di premis tersebut.

Justeru beliau menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Artikel Berkaitan: