Doktor positif Covid-19 kongsi pengalaman hampir mengalah

Dr Dalvin berkongsi pengalaman beliau yang hampir mengalah ketika bertarung dengan virus Covid-19. - Foto FB Public Health Malaysia Gambar kanan: Sumber gambar daripada Facebook
Dr Dalvin berkongsi pengalaman beliau yang hampir mengalah ketika bertarung dengan virus Covid-19. - Foto FB Public Health Malaysia Gambar kanan: Sumber gambar daripada Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang doktor yang juga bekas pesakit Covid-19 berkongsi pengalaman beliau yang hampir mengalah ketika bertarung dengan virus Covid-19.

Pengamal perubatan, Dr Dalvin Sindhu berkata, pada hari keempat dalam wad, beliau terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian rapi kerana SpO2 (kandungan oksigen dalam darah) beliau berada pada tahap 90 peratus dan memerlukan bantuan alat pernafasan yang lebih tinggi.

“Saya masih ingat dengan jelas, satu malam di ICU (hari kelima di ICU, jika tidak tersilap), saya hampir mengalah kerana saya mengalami kesukaran bernafas dengan batuk yang teruk dan SpO2 saya sekitar 85 peratus sahaja. Pada masa itu saya berasa bingung dan gelisah, mereka juga tolong saya, dudukkan saya dalam kedudukan ‘tripod’.

“Staf ICU juga 'standby' mesin ventilator dekat dengan katil saya. Mereka memberitahu saya bahawa mereka mungkin perlu menggunakan tiub pernafasan untuk saya jika SpO2 saya semakin merosot kerana saya sudah mendapat sokongan oksigen aliran tertinggi,” katanya melalui hantaran di Facebook Public Health Malaysia (PHM) pada Ahad.

Menurutnya, pasukan Anestesia telah menghubungi keluarga dan isteri beliau beberapa jam kemudian dan pada masa yang sama, mereka memberitahu keluarga beliau untuk bersiap sedia untuk keadaan yang lebih buruk.

“Bagaimanapun dengan rahmat Tuhan, saya berjaya mengharungi malam itu dan sejak hari itu saya mempunyai keberanian untuk terus berjuang kembali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan betul bagi menjaga keselamatan orang-orang yang berdekatan terutamanya petugas barisan hadapan.

“Tolong jangan memperlekehkan usaha-usaha para petugas barisan hadapan. Mereka sudah buat yang terbaik, malah ramai dah semakin letih dan sakit.

Artikel Berkaitan:

“Akhir sekali, tolong hormati petugas barisan hadapan, mereka juga insan yang ada keluarga. Jika datang ambil swab, tolong jangan marah petugas barisan hadapan, tolong jangan cakap seperti Covid-19 ini tipu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat swab saja untuk membuang masa ataupun ayat-ayat politik,” katanya.

[Confession C19007] Pertempuran saya dengan Virus Corona. The C19 virus is real, we are yet to win the battle with the...

Posted by Public Health Malaysia on Sunday, January 31, 2021