Jepun gesa bebaskan Suu Kyi

Kumpulan protes menggesa Myanmar membebaskan Aung San Suu Kyi dilakukan di Universiti Tokyo pada Isnin. - Foto Reuters
Kumpulan protes menggesa Myanmar membebaskan Aung San Suu Kyi dilakukan di Universiti Tokyo pada Isnin. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Jepun menggesa tentera Myanmar membebaskan Aung San Suu Kyi yang dilantik secara demokratik sekali gus mengembalikan demokrasi di negara itu.

Menerusi laporan Reuters, Tokyo turut menentang langkah rampasan kuasa oleh tentera pada Isnin, menyifatkannya satu tindakan terkebelakang.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Katsunobu Kato berkata, pihaknya bimbang dengan situasi terbaharu di Myanmar dan turut mendesak tentera untuk segera memulihkan sistem politik demokrasinya.

"Kami sangat bimbang dengan pengisytiharan darurat oleh Myanmar dan proses pendemokrasian yang telah merosot.

"Kami akan meminta pembebasan Suu Kyi dan pemimpin-pemimpin lain yang ditahan hari ini," katanya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera Myanmar tahan Aung San Suu Kyi

Jepun mempunyai hubungan baik dengan Myanmar, malah ia banyak menawarkan bantuan dan pelaburan di negara itu.

Pelaburan Jepun di Myanmar bernilai AS$768 juta pada 2019/2020.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beberapa firma Jepun terkemuka turut beroperasi di Myanmar.

Tokyo sebelum ini menekan Suu Kyi dalam isu diskriminasi dan keganasan etnik di Myanmar.

Pertubuhan kemanusiaan juga turut meminta Jepun mengambil peranan yang lebih tegas berhubung isu tersebut.

Suu Kyi mengunjungi Jepun pada 2019, selain turut menerima lawatan balas pegawai Jepun ke Myanmar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.