Nurhidayah menang RM30,000

Nurhidayah memperoleh wang tunai RM30,000 apabila diumumkan sebagai pemenang pertama Peraduan Sinar Harian Di Hatiku pada Isnin.
Nurhidayah memperoleh wang tunai RM30,000 apabila diumumkan sebagai pemenang pertama Peraduan Sinar Harian Di Hatiku pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita dari Dungun, Terengganu mendapat ‘durian runtuh’ apabila diumumkan sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

Nurhidayah Ab Ghani, 37, berkata, dia tidak menyangka mendapat tempat pertama Peraduan Sinar Harian Di Hatiku dan membawa pulang wang tunai RM30,000.

“Saya tak sangka langsung akan memenangi tempat pertama. Ini merupakan kali pertama saya sertai peraduan. Saya juga tidak pernah menyertai peraduan lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nurhidayah yang merupakan graduan Sains Gunaan di Universiti Malaya (UM) itu turut menyatakan akan menggunakan wang kemenangan tersebut sebagai simpanan dan kegunaan keluarganya.

“Cadang nak simpan dulu sebab sekarang ini saya jaga mak sepenuh masa jadi mungkin untuk kegunaan mak.

“Saya simpan sebahagian dan sebahagian lagi digunakan untuk keluarga,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Artikel Berkaitan: