X

Kindly register in order to view this article
!

‘Biarlah Peguam Negara yang tentukan’

Tommy Thomas
A
A

SHAH ALAM - Peguam Negara perlu membuat keputusan sama ada pendedahan yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA) ataupun tidak.

Menurut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, beliau tidak mahu memberi apa-apa dakwaan sama ada pendedahan yang dibuat itu bertentangan dengan angkat sumpah Tommy sebelum ini.

“Mungkin juga terdapat informasi yang Tommy sebutkan di dalam buku berkenaan ada bertentangan dengan tuntutan OSA.

“Namun, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa khususnya pihak Peguam Negara untuk menentukan sama ada telah berlaku kesalahan di bawah OSA ataupun tidak.

Nik Ahmad Kamal
Nik Ahmad Kamal

“Sebab kita pun tak tahu apa yang rahsia apa yang tidak. Jadi eloklah kita serahkan kepada Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, Tommy mendedahkan dalam buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness beberapa perkara ketika beliau menjadi Peguam Negara.

Antara pendedahannya adalah mendakwa bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mencadangkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu.

Selain itu, Tommy turut mendakwa Dr Mahathir sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!