X

Kindly register in order to view this article
!

Tindakan penggodam boleh bahayakan keselamatan negara

Choong Fook, Laporan Sinar Harian pada Rabu lalu.
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan Anonymous Malaysia menggodam laman sesawang kerajaan merupakan satu tindakan berbahaya terhadap keselamatan negara, kata Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook.

Menurutnya, jika penggodam berjaya menceroboh sesebuah laman sesawang, ia menunjukkan terdapat masalah dengan prosedur pembentukannya.

“Setiap pembentukan laman sesawang perlu kepada prosedur kerana pencegahan adalah asas kepada keselamatan.

“Keselamatan siber seperti penyakit kanser. Apabila badan berpenyakit, ini menunjukkan individu itu tidak menjaga badan dengan betul.

“Begitu juga dengan keselamatan, jika penggodam berjaya ceroboh ia mesti mempunyai masalah dengan prosedur pembentukannya,” katanya ketika dihubungi.

Anonymous Malaysia mengancam menggodam laman sesawang kerajaan.
Anonymous Malaysia mengancam menggodam laman sesawang kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan kurang persediaan tentang pembentukan laman sesawang dengan betul.

Dalam pada itu, katanya, memuat turun perisian lanun dan mengesan lampiran yang tidak dipercayai antara penyebab kepada kebocoran maklumat.

Sementara itu, Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa mula melakukan serangan siber ke atas beberapa laman sesawang agensi kerajaan selepas seminggu mengeluarkan amaran mengenai tahap keselamatan siber negara ini.

Dalam hantaran sama, kumpulan tersebut memaparkan senarai laman sesawang yang diserang iaitu sabah.gov.my (portal kerajaan negeri Sabah) sebanyak tiga kali dan perak.my (portal milik kerajaan negeri Perak) sebanyak dua kali.

Turut diserang ialah customs.gov.my (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan cidb.gov.my (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) serta mps.gov.my (Majlis Perbandaran Selayang).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!