4 dalam 155,000 alami alergi teruk lepas suntik vaksin

Lebih daripada 155,000 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Singapura sehingga 31 Januari. Gambar hiasan.
Lebih daripada 155,000 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Singapura sehingga 31 Januari. Gambar hiasan.
A
A
A

SINGAPURA - Lebih daripada 155,000 individu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Singapura sehingga 31 Januari, menurut Menteri Kanan Kesihatan, Janil Puthucheary.

Ketika memberikan maklumat terkini berkaitan program pemvaksinan Covid-19 dan kesan advers di Parlimen pada Isnin, beliau berkata, dalam kalangan mereka yang telah menerima vaksin tersebut, terdapat empat kes anafilaksis dilaporkan, yang menjadi permulaan reaksi alergi yang teruk.

“Seorang diletakkan di bawah pemerhatian untuk beberapa jam, manakala yang lainnya telah dibenarkan keluar hospital selepas pemerhatian sehari atau rawatan. Tiada yang memerlukan bantuan Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.

Berkaitan dengan bekalan vaksin, Puthucheary berkata, kerajaan mengharapkan kesabaran dan sokongan daripada semua, “kami dengan progresifnya melakukan proses pemvaksinan kepada seluruh populasi selaras dengan penghantaran vaksin itu.”

Puthucheary berkata, Singapura telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan Pfizer-BioNTech, Moderna dan Sinovac dan sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat farmasutikal yang lain.

“Disebabkan kepada sensitiviti komersial dan kerahsiaan dalam perjanjian pembelian awal kita, kita tidak boleh mendedahkan jumlah vaksin yang dipesan secara spesifik, mahupun jadual penghantaran,” jelasnya.

Menteri itu menyatakan yang republik itu akan terus memantau bekalan vaksinnya secara dekat, bagi memenuhi sasaran memvaksinkan kesemua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di Singapura menjelang akhir 2021.

Beliau berkata, ini berikutan kepada kemungkinan kelewatan dalam penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech, disebabkan kerja-kerja menaik taraf kilang pembuatan Pfizer.

Artikel Berkaitan:

Penghantaran pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech tiba di Singapura pada 21 Disember tahun lepas.

Republik itu memulakan proses pemvaksinannya pada 30 Disember, dengan petugas-petugas kesihatan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) merupakan mereka yang mula-mula menerima suntikan vaksin tersebut. - Bernama