ADUN Paloh positif Covid-19

Sheikh Umar Bagharib Ali
Sheikh Umar Bagharib Ali
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali hari ini mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Katanya, beliau telah menjalani ujian calitan di Pejabat Kesihatan Daerah Kluang pada 11.30 pagi Ahad selepas mengalami kelesuan badan sebelum menerima keputusan ujian pada 5 petang Isnin.

“Saya tidak demam cuma badan rasa tidak berapa sedap, selepas itu lidah tiada deria rasa. Saya dapat tahu keputusan 5 petang tadi.

“Setakat ini, saya masih di rumah dan menunggu arahan seterusnya daripada doktor,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Terdahulu, Sheikh Umar berkongsi berita mengenai perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau serta memohon doa daripada orang ramai supaya kembali sihat. - Bernama

Artikel Berkaitan: