X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Palestin mula program vaksinasi Covid-19 pertengahan Februari

Penduduk Palestin akan menerima bekalan pertama 50,000 dos vaksin Covid-19 pada pertengahan bulan ini.
A
A

RAMALLAH - Penduduk Palestin akan menerima bekalan pertama 50,000 dos vaksin Covid-19 pada pertengahan bulan ini.

Perdana Menteri, Mohammed Shtayyeh pada Isnin memaklumkan tentang perkara itu pada mesyuarat mingguan Kabinet Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Menurutnya, bekalan itu diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk program Covax yang disokong PBB.

"Program vaksinasi itu akan bermula pada tempoh sama. Ia diperuntukkan untuk 2.8 juta penduduk Palestin di Tebing Barat dan dua juta lagi penduduk Palestin di Genting Gaza," ujarnya.

Pada Ahad, Kementerian Pertahanan Israel mengesahkan ia akan menghantar 5,000 dos vaksin kepada PA untuk diberikan kepada petugas perubatan dan pegawai di Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan mereka telah menerima sebanyak 2,000 daripada jumlah dijanjikan.

PA merekodkan lebih 107,000 kes jangkitan Covid-19 termasuk lebih 1,300 kematian di Tebing Barat manakala Hamas melaporkan lebih 51,000 kes jangkitan dan 520 kematian di Genting Gaza. - AFP


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!