Ekonomi Malaysia dijangka bertambah buruk

Penurunan pertumbuhan KDNK bakal memberi impak negatif terhadap kewangan sedia ada yang diperlukan untuk memperkuat sistem penjagaan kesihatan negara.
Penurunan pertumbuhan KDNK bakal memberi impak negatif terhadap kewangan sedia ada yang diperlukan untuk memperkuat sistem penjagaan kesihatan negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Fitch Solutions menjangkakan prospek ekonomi Malaysia akan bertambah buruk susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini berkemungkinan menurun daripada 11.5 peratus kepada 10 peratus.

Penurunan pertumbuhan KDNK itu bakal memberi impak negatif terhadap kewangan sedia ada yang diperlukan untuk memperkuat sistem penjagaan kesihatan negara.

Menurut portal Malaysiakini, Fitch Solutions yang merupakan cabang firma penyelidikan Fitch Group turut mengatakan lonjakan kes Covid-19 akan melumpuhkan sistem berkenaan.

"Pekerjaan dan gaji cenderung sekali lagi berada di bawah tekanan yang kuat, kali ini dengan ruang lingkup sokongan fiskal yang lebih rendah.

"Memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus daripada KDNK," katanya dalam laporan tersebut pada Isnin.

Malaysia pada masa ini mula mengintegrasi sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta untuk mengatasi tekanan tersebut.

Menurut Fitch Solutions, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lalu bahawa sistem penjagaan kesihatan negara kini berada pada tahap kritikal.

Sejak itu, jumlah kes Covid-19 yang aktif meningkat daripada 28,554 kepada 48,150 kes setakat Ahad.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, penyelidikan Fitch Solutions tidak mempengaruhi penilaian Fitch Rating terhadap penilaian kredit negara.

Pada Disember tahun lalu, Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- kepada BBB+.

Fitch Solutions bersama dengan Fitch Ratings adalah sebahagian daripada Fitch Group.