Kastam rampas rokok, tembakau seludup bernilai RM3.09 juta

Anggota kastam menunjukkan rokok putih yang dirampas di Kota Kemuning, Shah Alam pada Khamis.
Anggota kastam menunjukkan rokok putih yang dirampas di Kota Kemuning, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menumpaskan cubaan menyeludup tembakau dan rokok putih dianggarkan bernilai RM3.09 juta dalam operasi berasingan di Pelabuhan Utara di sini dan Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, rampasan rokok putih dibuat di Kota Kemuning, Shah Alam susulan pemeriksaan dalam sebuah lori kontena pada Khamis.

"Pemeriksaan di dalam kontena terbabit menemui 2.3 juta batang rokok putih dengan nilai RM184,000 dan cukai RM1.5 juta.

"Pemandu kontena iaitu seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, dalam operasi di Pelabuhan Utara, Jabatan Kastam berjaya mematahkan cubaan menyeludup 15,000 kilogram tembakau bernilai RM225,000 dengan nilai cukai RM1.15 juta pada Jumaat.

"Ejen perkapalan terlibat sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: