SOP Tahun Baharu Cina akan diumum: Ismail Sabri

Ismail Sabri ketika melawat sekatan jalan raya di Sentul dan Gombak, pada Isnin.
Ismail Sabri ketika melawat sekatan jalan raya di Sentul dan Gombak, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina seminggu sebelum sambutan perayaan itu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat sudah meminta Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbincang mengenai hal itu sebelum dibawa ke Kementerian Perpaduan Negara.

"Kita ada masa lagi. Setakat hari ini, Jawatankuasa Teknikal (Pengurusan Darurat) telah meminta KKM dan MKN untuk sediakan SOP, termasuk juga Kementerian Perpaduan Negara.

"Ini kerana perkara berkaitan agama lain dibawa kepada Kementerian Perpaduan dan mereka akan bincang dan bentang kepada kita.

"Sebab kalau kita putuskan hari ini, seminggu lagi mungkin sudah berbeza statusnya. Jadi kita terpaksa tukar balik dan akan umumkan SOP seminggu atau dua, tiga hari sebelum Tahun Baharu Cina," katanya selepas melawat sekatan jalan raya di Sentul dan Gombak, pada Isnin.

Artikel Berkaitan: