X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

‘Place of [email protected]’ bantu proses PdPR anak muda

Syahbuddin sedang mencuba rangkaian akses internet yang disediakan di Pusat Khidmat ADUN Galas bagi memastikan ia dapat digunakan sebaik mungkin oleh penduduk kawasan itu.
A
A

GUA MUSANG – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas kini dijadikan 'sekolah sementara' kepada pelajar yang bermasalah mengakses internet ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, idea tersebut timbul apabila pihaknya menerima rungutan daripada ibu bapa dan pelajar yang berdepan masalah berkenaan di rumah mereka.

Beliau berkata, ramai yang mengadu masalah sama termasuk tidak mempunyai kemudahan komputer riba, tiada akses internet yang mencukupi untuk belajar dan menghantar tugasan.

“Oleh sebab itulah kita wujudkan lokasi sementara yang dinamakan ‘Place of [email protected]’ bagi memudahkan pembelajaran mereka.

“Insya-ALLAH kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak berlaku penularan wabak Covid-19 sepanjang menggunakan kemudahan di sini,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, idea tersebut timbul ketika beliau sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19, dua minggu lalu.

Katanya, selepas keluar hospital dan menyambung kuarantin di rumah, beliau dan isteri yang juga seorang pendidik berbincang mengenai masalah yang dialami.

“Selepas itu saya membuat pesanan dan membeli beberapa keperluan untuk diletakkan di pusat tersebut. Insya-ALLAH saya berharap dengan usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan masalah mereka sementara kita memikirkan inisiatif lain selepas ini.

“Mereka juga dinasihatkan menggunakan sebaik mungkin pusat tersebut untuk menimba ilmu dan melaksanakan tugasan yang diberikan guru dan pensyarah masing-masing.

“Tiada bayaran dikenakan untuk setiap perkhidmatan yang disediakan. Saya cuma minta satu sahaja, belajar rajin-rajin untuk bantu diri sendiri, keluarga dan masyarakat,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!