PKP: Boleh cabar kompaun di mahkamah

Individu yang tidak setuju dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mencabarnya di mahkamah.
Individu yang tidak setuju dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mencabarnya di mahkamah.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Individu yang tidak setuju dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh mencabarnya di mahkamah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ismail Sabri berkata, kompaun RM1,000 adalah maksimum mengikut Akta 342 namun mereka yang dikompaun boleh memohon rayuan pengurangan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Menurutnya, polis menguatkuasakan Akta 342 namun kuasa mengurangkan kompaun diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan boleh dirujuk di PKD.

"Mereka yang tidak berpuas hati boleh memohon pengurangan kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah kerana RM1,000 adalah maksimum.

"Namun, jika masih tidak berpuas hati mereka boleh mencabar kompaun itu di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak, di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: