Hujan lebat dijangka berterusan di Sabah, Sarawak

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa Isnin sehingga Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa Isnin sehingga Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa Isnin sehingga Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat di Sabah dijangka bermula Selasa sehingga Rabu melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat diramal bermula Isnin sehingga Jumaat membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau). - Bernama

Artikel Berkaitan: