X

Kindly register in order to view this article
!

Situasi Covid-19 di Terengganu masih terkawal

Dr Noor Hisham memperkatakan sesuatu kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) selepas program lawatan kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan COVID-19 ke Terengganu di Wisma Darul Iman pada Isnin. - FOTO: BERNAMA
A
A

KUALA TERENGGANU – Keadaan wabak Covid-19 di Terengganu masih terkawal walaupun negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes positif Covid-19 di Terengganu disebabkan oleh pergerakan rentas negeri bermula pada 7 Disember lalu menjadikan negeri itu tidak lagi berada dalam zon hijau.

“Walaupun jangkitan meningkat tetapi kes masih terkawal. Kita akan meningkatkan aktiviti kesihatan awam di Terengganu dan memantapkan perkhidmatan di hospital bagi mengekang penularan wabak ini,” katanya kepada media selepas selepas program lawatan kerja Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Covid-19 ke Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam proses melakukan pembersihan dan sanitasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) susulan 48 kakitangan hospital itu dijangkiti Covid-19.

Beliau berkata, KKM juga akan memberikan sokongan kepada petugas kesihatan bagi meningkatkan kembali semangat mereka dalam memberikan bakti dan khidmat kepada masyarakat.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan KKM akan berusaha meningkatkan kualiti kemasukan data bagi mengelak tunggakan kes positif Covid-19 susulan kelewatan pelaporan kes Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).

"Kita terima data dari CPRC negeri setiap hari sebelum jam 12 tengah hari dan apabila makmal swasta ini mendapat keputusan, mereka perlu masukkan ke dalam sistem informasi makluman kesihatan awam.

"Kalau ada kelewatan masuk data, kita akan terima data itu lewat dan ini yang kita mahu perbaiki dari segi bagaimana mahu memantapkan kemasukan data. Kita harap dapat terima laporan kes positif ini secepat mungkin bagi menyelesaikan isu tunggakan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/120969/KHAS/Covid-19/Covid-19-Terengganu-catat-kadar-kebolehjangkitan-tertinggi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!