Tahniah Rashid, Soon Kit

Imbas kembali, Rashid (dua dari kiri) dan Soon Kit (dua dari kanan) ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.
Imbas kembali, Rashid (dua dari kiri) dan Soon Kit (dua dari kanan) ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.
A
A
A

DUA legenda badminton negara, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Rashid dan Soon Kit yang membantu Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur antara 81 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media hari ini.

Namun, tarikh Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 dan akan dimaklumkan kepada penerima kelak.

"Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 adalah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

"Ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan dan mengurniakan kepada mereka yang berjasa kepada Wilayah Persekutuan dan negara secara amnya," kata Annuar.

Selain berjaya menjulang Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992, Rashid, 53, turut pernah meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta manakala Soon Kit, 53, memenangi perak acara beregu lelaki bersama Yap Kim Hock dalam temasya sama.

Artikel Berkaitan: