Gadis bermisai, janggut syukur kelainan dimiliki

Nisya dari Jakarta yang mempunyai misai dan janggut curi tumpuan warga maya. - Foto Detiknews
Nisya dari Jakarta yang mempunyai misai dan janggut curi tumpuan warga maya. - Foto Detiknews
A
A
A

JAKARTA - Seorang gadis dari Jakarta mencuri tumpuan warga maya kerana mempunyai misai dan janggut.

Menggunakan akaun @mmsvante di aplikasi TikTok yang tular di laman sosial, Nisya Fadhilah, 18, memberitahu, kejadian aneh itu berlaku selepas meningkat dewasa, lapor Detiknews.

"Saya pergi ke doktor untuk lakukan pemeriksaan mengapa ia berlaku tetapi doktor mengatakan ia disebabkan oleh hormon dan sejak kecil saya memang bulu roma lebat," kata Nisya.

Nisya mengatakan bahawa dia mempunyai lebihan hormon androgen yang merupakan hormon lelaki.

"Sebilangan besar hormon adalah androgen dan ia adalah hormon lelaki. Ia membuatkan diri saya mempunyai misai dan janggut," katanya.

Meskipun penampilan seperti lelaki, sehingga kini banyak komen positif yang memujinya kerana memiliki wajah yang cantik dan tampan.

Namun, ada juga warga maya yang memberikan komen negatif mengenai penampilannya.

Bagaimanapun, Nisya mengakui bahawa dia bersyukur dapat memberi inspirasi kepada ramai orang untuk mencintai diri sendiri.

Artikel Berkaitan:

Dia berasa bangga dapat mendorong orang lain untuk tampil lebih yakin.

"Alhamdulillah, saya menjadi inspirasi kepada orang untuk mencintai diri sendiri dan saya bangga dengannya.

"Kita perlu terima, sayang diri kita sebelum menyayangi orang lain, sekali gus tampil yakin walaupun diri alami kekurangan," katanya.