Telefon bimbit MB Pahang jadi mangsa penggodam

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan membuat laporan polis berikutan talian telefon bimbitnya disyaki telah digodam sejak awal pagi pada Isnin.

Menurutnya, tindakan itu diambil segera bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak yang mungkin gagal untuk berkomunikasi menerusi talian telefon bimbit tersebut ekoran masalah ini," katanya melalui satu kenyataan pada hari sama.

Artikel Berkaitan: