X

Kindly register in order to view this article
!

Jenazah akan dituntut waris untuk dikebumi di Jasin

Jenazah kanak-kanak itu dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin pada Isnin.
A
A

JASIN - Jenazah kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat didera akan dituntut waris ibu kandungnya di Hospital Melaka pada Isnin.

Jenazah kanak-kanak berusia tujuh tahun itu akan dibawa menggunakan van jenazah ke Masjid Al-Hidayah Chabau di sini dan akan disolatkan di Surau As Asyakirin, Simpang Bekoh sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh.

Tinjauan Sinar Harian di rumah nenek mangsa di Taman Kasturi, Simpang Bekoh pada pagi Isnin mendapati pintu rumah tertutup rapat, namun kedengaran alunan ayat suci al-Quran dari dalam rumah berkenaan.

Selain itu, seorang waris kanak-kanak tersebut dipercayai bapa saudara yang kebetulan datang ke rumah itu enggan ditemui bual, sebaliknya hanya menjawab ringkas bahawa jenazah 'Adik' akan dituntut keluarganya dan dikebumikan di sini.

Sementara itu, menurut sumber, keputusan untuk mengebumikan jenazah di Jasin telah diputuskan oleh keluarga waris malam Ahad dan dipercayai keluarga ibu kandung turut meletakkan syarat membenarkan dua wakil keluarga angkat sahaja dibenarkan untuk menguruskan jenazah kanak-kanak itu di Bilik Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Difahamkan, keluarga angkat dan waris keluarga telah berada di pekarangan hospital sejak awal pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Terdapat kesan luka, lebam pada arwah: PDRM


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!