X

Kindly register in order to view this article
!

Sumbang ke Tabung Covid-19 PPUM melalui Lazada

Pusat Perubatan Universiti Malaya - Foto Wikipedia
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menghargai sumbangan bagi Tabung Covid-19 PPUM menerusi platform aplikasi e-dagang, Lazada Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, PPUM berkata, semenjak awal penularan wabak Covid-19, pusat perubatan itu amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam pelbagai bentuk daripada syarikat, pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang ingin menyumbang serta melaksanakan program sumbangan tersebut.

“Lazada Malaysia telah menyediakan platform untuk melaksanakan program memacu sumbangan dan memilih pelbagai organisasi termasuk PPUM sebagai antara organisasi yang akan menerima sumbangan tersebut.

“Sumbangan ini adalah bagi kegunaan pihak PPUM untuk mengurus dan menangani pandemik Covid-19.

"Pihak PPUM amat berterima kasih dan menghargai sumbangan dan sokongan semua pihak,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Lazada Malaysia yang terkenal dengan aktiviti perniagaan pelbagai produk dan perkhidmatan menyediakan inisiatif membantu PPUM.

Usaha itu adalah inisiatif daripada Lazada untuk membantu mempromosi bantuan yang diperlukan PPUM.

Sumbangan untuk tabung Covid-19 PPUM juga boleh dilakukan melalui pembelian di aplikasi Lazada. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!