30 jam terperangkap dalam lubang

Lubang tempat Kamarulzaman terjatuh dan terperangkap sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.
Lubang tempat Kamarulzaman terjatuh dan terperangkap sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda terperangkap kira-kira 30 jam dalam sebuah lubang di tepi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Damansara Alif di sini pada Ahad.

Dalam kejadian pada jam 11.25 pagi itu, mangsa, Kamarulzaman Mohd Ali, 28, ditemukan lemah dalam lubang sedalam kira-kira empat meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafie Sareng berkata, sebelum itu keluarganya memaklumkan, mangsa keluar rumah pada jam 5 pagi Sabtu untuk ke rumah kawannya di taman itu.

“Setelah mangsa tidak pulang ke rumah, bapa mangsa menghubungi anaknya itu sebelum mangsa memaklumkan bapanya pada jam 1.30 tengah hari semalam (Sabtu) yang dia jatuh dalam lubang.

Anggota bomba menyelamatkan pemuda yang terjatuh ke lubang sedalam empat meter di tepi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Damansara Alif, Johor Bahru pada Ahad.
Anggota bomba menyelamatkan pemuda yang terjatuh ke lubang sedalam empat meter di tepi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Damansara Alif, Johor Bahru pada Ahad.

“Ahli keluarga membuat pencarian bersama-sama bomba di laluan pejalan kaki serta kawasan sekitar sehingga jam 8 malam. Setelah mangsa tidak berjaya dijumpai, bomba menyerahkan tugas itu kepada polis pada jam 8.40 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, pihak polis kemudian berjaya menemui mangsa terperangkap dalam lubang itu pada pagi Ahad.

Mohd Rafie berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lemah serta cedera ringan sebelum diserahkan kepada pihak ambulans EMRS dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan kecemasan.

Artikel Berkaitan: