Kerajaan komited tingkat kemakmuran negara

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus komited untuk melaksanakan visi Malaysia sebagai negara yang mampan, adil, saksama dan inklusif.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia sekali gus meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan rakyat bersatu padu.

"Di Wilayah Persekutuan dan di seluruh negara, kita hendaklah meraikan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.

"Ini adalah hasrat yang telah kita nyatakan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya pada Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan pada Ahad.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Muhyiddin turut memuji inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan yang melaksanakan aktiviti menggunakan platfom maya selari dengan amalan normal baharu.

Katanya, salah satu aktiviti yang dirancang itu ialah River of Life virtual run sempena KL Car Free Morning Program.

"Ini adalah insiatif yang amat baik dalam usaha membina institusi masyarakat yang informatif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Sekali lagi, syabas saya ucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang cakna dengan amalan normal baharu dan terus berusaha menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun terdapat kekangan secara fizikal.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap segala pengisian program dan aktiviti yang dirancangkan ini akan menjadi platform dan pencetus bagi penyertaan pelbagai pihak untuk meraikan Bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan," katanya.