X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Rawatan alternatif perlu jalani kajian

Dr Noor Hisham
A
A

KOTA BHARU - Sebarang rawatan alternatif merawat pesakit Covid-19 di negara ini termasuk perawatan Islam perlu menjalani kajian saintifik untuk mengetahui keberkesanan dan kesan sampingan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perubatan Islam atau tradisional juga perlu ada kendalian kukuh dan bukti yang boleh diguna pakai.

“Contohnya kita menggunakan vaksin. Vaksin pun perlukan kajian, fasa yang ketiga baru kita boleh lihat keberkesanan serta kesan sampingan vaksin tersebut.

“Sama juga dengan ubat-ubatan. Jadi, kita kena laksanakan kajian dulu,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Terdahulu, beliau melawat Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (CPRC) di Pusat Tarbiah Islamiah Pengkalan Chepa

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Zaini Hussin.

Baru-baru ini, Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah yang juga perawat Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia (DarusSalam) mencadangkan perawatan Islam dijadikan sebagai alternatif untuk membantu pesakit Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang guna kaedah Islam rawat Covid-19


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!