Poster papar bendera LGBT hina kesucian Kaabah

Keempat-empat pelajar itu berdepan tuduhan menghasut kebencian dan menghina nilai keagamaan. - Foto AFP
Keempat-empat pelajar itu berdepan tuduhan menghasut kebencian dan menghina nilai keagamaan. - Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turki memberkas empat pelajar yang bertindak biadab menghasilkan poster memaparkan bendera simbol golongan homoseksual, lesbian dan transgender (LGBT) di pekarangan Kaabah di Makkah atas tuduhan menghasut kebencian dan menghina nilai keagamaan.

Penahanan mereka dibuat pada lewat Sabtu selepas pegawai kerajaan mengecam poster yang dipaparkan pada sebuah pameran seni di institusi pengajian terkemuka di negara itu, Universiti Bogazici.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu menerusi Twitter mengesahkan kedua-dua 'penyumbaleweng LGBT' itu telah ditahan kerana tidak menghormati Kaabah.

Poster itu turut memaparkan makhluk mitos di Asia Barat dan tulisan yang menyatakan karya seni itu kononnya sebagai mengkritik peranan gender tradisional.

Terdahulu, pejabat Gabenor Istanbul menyatakan seramai empat individu telah ditahan dan pihak berkuasa kini memburu dua lagi suspek. - Agensi

Artikel Berkaitan: