Pembangkang tak ada kerja: Khalid Samad

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyindir pembangkang yang prihatin menyemak kelayakan dan kelulusan pemimpin PH.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut, mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana membongkar status pendidikan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu.

"Mereka (pembangkang) tak ada kerja lain ada masa nak semak ijazah dan latar belakang universiti, biarkan mereka. Dia maklumkan dan kita semak, kita ucapkan terima kasih," katanya ketika hadir di Kenduri Rakyat Wilayah di Perumahan Awam Sri Johor, hari ini.

Mengulas perkara itu katanya, beliau menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan.

"Hal palsu atau tak, biar beliau (Dr Mahahir) siasat dan putuskan. Ada kes bukan ijazah itu palsu sebaliknya status universiti yang tidak diiktiraf kerana ia tidak diamalkan secara menyeluruh di Amerika Syarikat ketika itu.

"Biarlah Dr Mahathir buat penilaian sama ada lantikan itu (menteri, timbalan menteri) dibuat berdasarkan status akademik atau prestasi kerja yang baik," katanya.

Terdahulu dua laporan polis dibuat ke atas Marzuki oleh aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef selepas keliru dengan status Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dimiliki Marzuki tidak disenaraikan dalam laman web Universiti Antarabangsa Cambridge Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan: