Johor alami kerugian RM63.1 juta akibat banjir

Hasni
Hasni
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri merekodkan kerugian mencecah RM63.1 juta berikutan banjir yang melanda negeri itu pada awal Januari.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, nilai kerugian itu melibatkan kerosakan jalan raya, jambatan, sekolah, rumah serta pelbagai kemudahan awam.

"Kita boleh bayangkan kerosakan dan trauma yang dialami apabila cuma satu daerah sahaja yang tidak terlibat banjir.

“Berdasarkan kepada tinjauan awal, penilaian kerosakan awal adalah RM63.1 juta. Anggaran kerugian tersebut telah diajukan kepada pihak kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi sidang akhbar secara maya pada Ahad.

Banjir yang melanda Johor sejak 1 Januari lalu melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru serta Kluang yang terjejas teruk dan pulih sepenuhnya pada 17 Januari.

Lebih 7,000 mangsa dipindahkan dengan sebanyak 72 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lapan daerah selain meragut tiga nyawa di Kluang.

Artikel Berkaitan: