'Dr M minta saya letak jawatan sehari selepas dilantik'

Tommy Thomas
Tommy Thomas
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mendakwa Pas berkemungkinan membantu beliau untuk kekal memegang jawatan nombor satu institusi kehakiman negara walaupun diminta berundur secara tiba-tiba oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Malaysiakini, Pas pada mulanya tidak menyokong pelantikan Tommy sebagai peguam negara namun mengubah pendirian selepas Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V mengumumkan pelantikan tersebut pada Jun 2018.

Tommy dalam bukunya berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness' memaklumkan bahawa beliau terkejut dengan permintaan Dr Mahathir yang mahu beliau meletak jawatan sehari selepas sehari dilantik atas alasan reaksi kurang senang dalam kalangan orang Melayu.

“Nampaknya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pas malam itu mereka bersetuju dengan pelantikan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pendedahan Tommy bukti Tun M khianati rakan PH'

“Memandangkan sebelum ini saya telah mewakili kerajaan Pas Terengganu dan Kelantan dalam kes royalti petroleum mereka terhadap Petronas dan tindakan ini telah mengejutkan Tun (Mahathir), ” katanya.

Tambah Tommy, selepas semalaman, Mahathir telah mengubah fikiran dan meminta beliau menerima jawatan tersebut melalui panggilan telefon pada jam 7.30 pagi.

Katanya lagi, walaupun pada awalnya Mahathir berbelah-bahagi namun memberikan jaminan untuk menyokong penuh pelantikan itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya terhutang budi kepada mereka yang memberikan keyakinan dan mereka tahu siapa mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan pelantikan saya.

"Agak ironi, Pas juga mungkin menyumbang kepada pelantikan saya dengan kenyataan yang tepat pada masa," katanya.