'Bantal busuk pengubat rindu'

Norlida (kiri) membawa bersama bantal busuk anak angkatnya yang maut disyaki didera ibu kandung ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pada Ahad.
Norlida (kiri) membawa bersama bantal busuk anak angkatnya yang maut disyaki didera ibu kandung ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - "Hanya bantal busuk ini menjadi peneman dan pengubat rindu sejak berpisah dengan Adik tiga bulan lalu," kata ibu angkat kepada kanak-kanak mati dipercayai didera pada petang Jumaat.

Norlida Abu Hassan, 50, yang memakai jubah dan bertudung biru kelihatan tenang dan sesekali mengesat air mata sambil memeluk erat 'bantal busuk' itu ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini pada Ahad.

Norlida berkata, sejak arwah anak angkatnya yang manja dipanggil Adik masih bayi, dia membelikan bantal busuk itu sehinggalah kanak-kanak itu berusia enam tahun dan masih menggunakan bantal tersebut.

Menurutnya, bantal busuk milik Adik juga menjadi pengubat rindu ketika beliau dan suami menunaikan haji di Makkah pada 2019.

Katanya, ketika itu beliau juga meminta izin daripada Adik untuk membawa bantal busuknya ketika menunaikan rukun Islam kelima sebagai penawar rindu.

"Sejak tiga bulan lalu bila nak tidur, saya selalu kata, 'Adik, umi nak tidur sambil memegang bantal kerana terlalu merindui Adik'.

"Sekarang bantal inilah pengubat rindu, saya akan peluk dan cium bantal itu sebelum tidur," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya, petang Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera

Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari