Amalan jaga tepi kain elak jenayah

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap menjaga tepi kain orang perlu diamalkan dalam komuniti terutama kepada golongan miskin bandar bagi mengelak berlakunya tindakan luar kawalan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, miskin bandar merupakan satu realiti ketika ini selain ditambah dengan tekanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, dengan PKP, ia boleh menambahkan tekanan hidup kepada golongan kurang berkemampuan dan mampu mencetuskan tindakan di luar jangkaan.

“Boleh sahaja kita berkata, kena sabarlah hadapi masalah, namun berat mata yang memandang, jauh lebih berat bahu yang memikul,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Ahad.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Fadhli berkata, hanya mereka yang mengalaminya mengetahui berapa banyak beban yang perlu ditanggung.

Tambahnya, pada masa kini, jurang miskin dan kaya semakin melebar sehingga menyebabkan segmen nilai-nilai pemikiran masyarakat terpisah jauh antara satu sama lain.

Ahmad Fadhli mengharapkan agar tiada lagi tragedi menyayat hati selepas ini hasil daripada tekanan luar kawalan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka dengan kesan cedera dan lebam di anggota badan.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu dan bapa tirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak mati disyaki didera: Ibu, bapa tiri direman tujuh hari

Kanak-kanak maut lemas dalam tong disyaki didera