Pengerusi sebuah pertubuhan menyamar polis ditahan

Video memaparkan seorang lelaki disyaki menjalankan tugasan rondaan dengan menggunakan identiti seperti pegawai polis.
Video memaparkan seorang lelaki disyaki menjalankan tugasan rondaan dengan menggunakan identiti seperti pegawai polis.
A
A
A

KAJANG - Pengerusi sebuah pertubuhan ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis turut merampas pakaian seragam pertubuhan tersebut.

"Lelaki berusia 40-an itu masih ditahan reman sehingga Isnin ini," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohd Zaid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung tular gambar dan video beberapa individu daripada sebuah pertubuhan yang menjalankan tugasan rondaan dengan menggunakan identiti seperti pegawai polis.

"Laporan polis telah dibuat selepas terdapat isu yang dibangkitkan berhubung tindakan individu dan kumpulan ini bertindak sendirian tanpa seliaan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengesan ahli pertubuhan berkenaan untuk membantu siasatan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung gambar dan video yang tular ini, boleh menghubungi mana-mana balai yang berdekatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 89 (c) Akta Polis/ Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil/ Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga," katanya.

Artikel Berkaitan: