Ahmad Maslan beri ingatan kepada kerajaan PN

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa bersikap adil dan tidak zalim sepanjang mentadbir.

Menurutnya, banyak kerajaan di dunia mengalami kejatuhan disebabkan kezaliman pemerintah bukan sahaja kepada rakyat, malah lawan politiknya.

Sehubungan itu katanya, perkara tersebut seharusnya dijadikan iktibar bagi mengelak perkara sama berulang dalam kerajaan PN.

“Selain integriti dan tepati janji sebagai asas utama kerajaan yang diyakini rakyat, nilai adil dan tidak zalim juga sangat penting,” katanya menerusi hantaran di Twitternya pada Sabtu.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari gabungan PH.

Selepas itu, PN dibentuk sekali gus mengakhiri pentadbiran PH sepanjang 22 bulan dan mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Artikel Berkaitan: