‘Pencen seringgit’ pun tak dapat jika bersalah

Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penjawat awam yang didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah akan hilang segala manfaat persaraan termasuklah ‘pencen seringgit’.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, perkara itu jelas termaktub dalam pekeliling perkhidmatan dan peraturan-peraturan semasa yang terpakai untuk penjawat awam.

Katanya, tindakan itu juga secara automatik terpakai sebaik sahaja penjawat awam berkenaan termasuk pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

“Dalam perkhidmatan awam, jika didapati (penjawat awam itu) bersalah dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah, maka sudah tentu dia akan hilang segala-galanya.

“Jadi tidak timbul lagilah dia akan dapat pencen seringgit atau manfaat yang lain sebab telah jelas mengikut pekeliling perkhidmatan dan peraturan semasa yang terpakai maknanya penjawat awam tersebut tidak dapat apa-apa lagi.

“Segala-galanya (manfaat) daripada tempoh perkhidmatan akan hilang. Pencen pun tidak ada. Bagaimana hendak dapatkan pencen kerana perkhidmatan mereka (penjawat awam terlibat rasuah) telah ditamatkan sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman kepada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengenai ‘pencen seringgit’ ke atas pegawai dan anggota PDRM yang ditamatkan perkhidmatan kerana terlibat dengan rasuah.

Menurut Ayob Khan, tindakan yang pernah dilaksanakan pada zaman bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar mungkin boleh diperkenalkan semula.

Artikel Berkaitan:

Langkah itu antara bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan yang terlibat dengan kesalahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Beri mereka pencen seringgit’