Sindiket penipuan pelaburan dalam talian tumpas

Antara barangan yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lima premis dipercayai lokasi kegiatan penipuan pelaburan dalam talian di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang diserbu polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, operasi dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima berkenaan penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud di lokasi serbuan.

"Seramai 11 lelaki dan empat wanita warga China dan seorang wanita warga Indonesia yang ditahan berusia dalam lingkungan 23 hingga 47 tahun.

"Dalam serbuan tersebut juga, polis merampas 26 telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit Mac Book, tiga unit modem, 10 keping kad ATM pelbagai bank, lima buah beg berjenama dan wang tunai RM53,678, AS$85, Cambodia Riel 1300 dan RMB 1840," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

No Image Caption



Telefon bimbit dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Telefon bimbit dan wang tunai yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat di dalam kegiatan penipuan dalam talian/pelaburan tidak wujud.

"Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula 30 Januari hingga 2 Februari 2021," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Zainal turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan jangan terperdaya dengan panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan sebegini.

Menurutnya, keselamatan maklumat peribadi perlu sentiasa dijaga dan hadkan perkongsian maklumat tersebut di laman sosial supaya tidak disalahgunakan oleh penjenayah.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.