Ahmad Said, isteri pulih Covid-19

Ahmad dan Isteri dibenarkan pulang pada Sabtu setelah pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19. - Foto Facebook Kemaman Tular
Ahmad dan Isteri dibenarkan pulang pada Sabtu setelah pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19. - Foto Facebook Kemaman Tular
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dibenar pulang ke rumah selepas 12 hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Pengerusi UMNO Terengganu itu disahkan pulih daripada jangkitan Covid-19 pada Sabtu dan dibenar pulang ke rumah jam 6.30 petang tadi.

Ahmad dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebooknya meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya bertambah baik setelah kehilangan deria bau dan rasa baru-baru ini.

"Saya bersyukur kerana telah beransur sembuh daripada gejala Covid-19 yang sebelum ini menyebabkan saya kurang deria rasa, bau dan batuk.

"Semuanya telah mulai reda. Begitu juga dengan isteri serta anak saya juga telah pulih," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut merakam penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga HSNZ yang telah memberi rawatan terbaik kepada beliau dan keluarga.

"Kepada sahabat media sosial dan semua pihak yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga, setinggi penghargaan dan terima kasih," ujarnya.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal disahkan positif wabak itu pada 19 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang telah pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah minggu lalu selepas menjalani rawatan di Hospital Setiu.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya masih hilang deria rasa, bau: Ahmad Said

Terima kasih doakan saya: Ahmad Said