Kecilkan saiz Kabinet, pecat menteri tak berfungsi: Muda

Syed Saddiq bersama penyokongnya selepas mendaftar Muda di Putrajaya baru-baru ini.
Syed Saddiq bersama penyokongnya selepas mendaftar Muda di Putrajaya baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa agar barisan Kabinet dikecilkan dengan memecat menteri yang tidak berfungsi dan menyerahkan tugas kepada penjawat awam untuk operasi pengurusan harian sepanjang tempoh darurat.

Muda menerusi kenyataan rasminya berkata, pemecatan itu bermula dengan Datuk Seri Dr Adham Baba selaku Menteri Kesihatan dan dua orang timbalannya.

“Dengan menjimatkan kos gaji menteri, timbalannya dan semua pegawai lantikan politik serta menyerahkan bidang tugas kepada Ketua Pengarah Kesihatan,” kata parti itu pada Sabtu.

Gesaan itu dibuat selepas media melaporkan sebanyak 5,725 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, menjadikan kes terkumpul mencecah angka lebih 200,000.

Tambah Muda, daripada asyik meminta agar rakyat berubah untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu, sudah tiba masanya barisan Kabinet berubah dan menyesuaikan diri dengan normal baharu melalui kepimpinan melalui tauladan.

“Dalam darurat ini, rakyat masih perlu membayar hutang bank, melunaskan semua tanggungjawab kewangan dan menanggung kehilangan sumber rezeki.

“Pada masa yang sama, bagi menteri dan timbalan menteri semua jawatan dan keistimewaan dikekalkan,” jelasnya.

Muda turut berpendapat bahawa Malaysia gagal mengekang penularan pandemik Covid-19 walaupun telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melebihi dua minggu.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak menonjolkan sebarang perancangan rapi bagi menghadapi PKP yang diumumkan bermula 13 Januari 2021.

“Lebih tidak masuk akal ialah deklarasi darurat yang menggantung semua institusi demokratik negara, namun tiada seorang anggota Kabinet yang melepaskan jawatan untuk diserahkan bidang tugas kepada penjawat awam,” katanya.