SMK Bukit Besar ditutup, guru dan pelajar positif Covid-19

Kakitangan kesihatan melakukan proses sanitasi di SMK Bukit Besar selepas terdapat dua kes positif Covid-19 membabitkan pelajar dan guru di sekolah berkenaan pada Sabtu.
Kakitangan kesihatan melakukan proses sanitasi di SMK Bukit Besar selepas terdapat dua kes positif Covid-19 membabitkan pelajar dan guru di sekolah berkenaan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini ditangguhkan selama 14 hari berkuat kuasa pada Khamis sehingga 10 Februari depan.

Arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) selepas terdapat dua kes positif Covid-19 dikesan melibatkan seorang pelajar dan seorang guru.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus ketika dihubungi pada Sabtu mengesahkan penutupan sekolah berkenaan di bawah seksyen 18 (1), (d), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 (Akta 342).

Katanya, sekolah berkenaan diarahkan tutup selama 14 hari bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan untuk mengawal perebakan penyakit.

Dalam pada itu, hasil tinjauan pada Sabtu mendapati lebih 30 pegawai dan kakitangan kesihatan melakukan proses sanitasi termasuk ujian saringan Covid-19 ke atas calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta guru di sekolah tersebut.

Terdahulu, sebanyak 15 buah sekolah rendah diarah tutup selepas terdapat kes positif Covid-19.

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman, SK Gong Tok Nasek, SK Sultan Sulaiman 1, SK Paloh, SK Paya Bunga, SK Pusat Cabang Tiga dan SK Bukit Apit.

Artikel Berkaitan: