X

Kindly register in order to view this article
!

Empat lelaki kena kompaun RM1,000

Empat lelaki dikenakan kompaun RM1,000 seorang selepas gagal mematuhi SOP sempena PKP 2.0 di Bentong pada Jumaat.
A
A

BENTONG - Empat lelaki dikenakan kompaun RM1,000 seorang selepas gagal mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam sebuah kedai di daerah ini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mereka yang merupakan warganegara tempatan berusia dari 38 hingga 59 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.45 petang.

Anggota polis mengeluarkan kompaun kepada individu yang ditahan di dalam sebuah kedai pada Jumaat.
Anggota polis mengeluarkan kompaun kepada individu yang ditahan di dalam sebuah kedai pada Jumaat.

"Keempat-empat lelaki itu dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 iaitu kesalahan dilakukan di bawah Perkara 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sepanjang tempoh PKP 2.0 yang bermula 22 Januari lalu hingga kini, sebanyak 22 kompaun telah dikeluarkan oleh polis Bentong.

"Ia membabitkan pelbagai kesalahan kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!