X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin Covid-19: Mestron peroleh surat kebenaran KKM

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Mestron Holdings Bhd pada Jumaat mengulangi bahawa pihaknya telah menerima surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memulakan rundingan dan kerjasama dengan mana-mana syarikat dari China berhubung pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Mestron menjelaskan, surat bertarikh 8 Januari 2021 membolehkan pihaknya mengadakan perbincangan dan kerjasama mengenai pengimportan, pengedaran, penjualan, pemasaran dan penggunaan vaksin Covid-19 di negara ini.

Mestron kini dalam proses rundingan dengan Zhongyu Yexing (Chengdu) Industrial Co Ltd mengenai perincian bagi potensi kerjasama.

“Selepas kami menetapkan terma-terma dengan Zhongyu Yexing, kami akan menghantar permohonan kepada Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) untuk mendaftarkan dan memperoleh kelulusan bagi pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia,” menurutnya.

Pada Jumaat, Mestron menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan Zhongyu Yexing untuk memulakan perbincangan mengenai struktur dan terma-terma cadangan kerjasama yang berkaitan dengan pengedaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

Kedua-dua pihak menjangka dapat memuktamadkan dan memeterai perjanjian definitif dalam tempoh 30 hari selepas perbincangan dan rundingan selesai. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!