PRK Semenyih: Syed Saddiq yakin rakyat bersama PH

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang medianya yang diadakan di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang , Semenyih, hari ini.
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang medianya yang diadakan di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang , Semenyih, hari ini.
A
A
A

SEMENYIH - PH akan terus menjadi pilihan pengundi pada PRK Dun Semenyih jika slogan berkhidmat pada rakyat dijadikan matlamat gabungan itu.

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, untuk itu beliau mengingatkan PH agar terus mengangkat agenda itu dalam misi mengekalkan DUN itu pada PRK itu pada 2 Mac ini.

"Paling mustahak adalah rakyat hendak lihat ialah PH terus berkhidmat pada rakyat.

"Biar mereka (Pas-Umno) lakukan apa yang mereka hendak tetapi selagi kita berkhidmat pada rakyat dan politik khidmat dijadikan teras kepada polisi PH, Insya-ALLAH rakyat bersama PH," katanya dalam sidang medianya yang diadakan di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang Semenyih, hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai calon PH pada PRK DUN itu, Syed Saddiq berkata, perkara itu beliau serahkan kepada Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengumumkannya.

"Nama itu YB presidenlah tapi sesiapaun yang dicalonkan Armada dan Pemuda PH akan sokong tak berbelah bahagi

"Sesiapa pun kita akan sokong," katanya.

Sebelum itu, Syed Saddiq yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan hari ini mengambil inisiatif melakukan lawatan kerja rasmi ke Daerah Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memberikan bantuan, pertolongan dan sokongan demi memperkasakan pembangunan belia dan sukan tanah air seterusnya menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda dan penggiat sukan.

Antara aktiviti dan pengisian sepanjang jelajah di Hulu Langat adalah kayuhan santai sekitar Kawasan Semenyih, program penyelenggaraan motosikal di Beranang, pertandingan masakan kampung di Ulu Semenyih dan banyak lagi.