X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Tiga negara setuju aksi kelayakan ditunda

Windsor Paul
A
A

TIGA daripada lima negara telah menyatakan persetujuan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung Mac ini ditunda pada Jun depan.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John setelah aksi kelayakan berkenaan diberitakan bakal ditunda berikutan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan nama tiga negara berkenaan buat masa ini kerana masih menunggu keputusan daripada negara lain.

“Saya tak boleh nyatakan negara mana yang setuju untuk menunda aksi kelayakan ini, cuma apa yang saya boleh katakan tiga daripada lima negara telah bersetuju.

“Sama ada ditunda atau tidak, kesemuanya perlu bersetuju dengan satu keputusan. Saya juga tak boleh komen apakah tindakan yang akan dikenakan kerana ia perlu menunggu selama dua minggu lagi sebelum keputusan dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, empat negara termasuk Malaysia dilapor telah menyuarakan cadangan aksi kelayakan itu ditunda berikutan penularan wabak Covid-19 khususnya di rantau Asia.

Selain Malaysia, tiga lagi negara - Indonesia, Thailand dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut menyatakan persetujuan masing-masing kecuali Vietnam yang belum beri kata putus.

Pada masa sama, Windsor Paul sekali lagi menegaskan, jika aksi kelayakan berkenaan ditunda pada Jun depan, secara automatik ia akan berlangsung secara karnival di venue yang akan ditentukan kelak.

“Aksi secara karnival ini adalah langkah terakhir untuk kita tamatkan saingan kelayakan jika tidak dapat berlangsung pada Mac nanti. Venuenya akan ditentukan berdasarkan kepada fasiliti yang disediakan seperti kemudahan penerbangan, penginapan dan aspek lain melibatkan kesihatan, kuarantin dan sebagainya,” jelasnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!